dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

eKelas Usahawan Modul 2 Asas Visual Komunikasi

23 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2026, seorang peserta telah menyertai eKelas Usahawan Modul 2: Asas Visual Komunikasi di NADI Sungai Bandung melalui platform Google Meet. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas visual komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan mesej pemasaran dan penjenamaan perniagaan.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan kepada konsep asas visual komunikasi termasuk penggunaan warna, tipografi, susun atur serta elemen visual yang sesuai untuk menarik perhatian sasaran pelanggan. Penerangan ini membantu peserta memahami kepentingan visual yang konsisten dan jelas dalam meningkatkan imej perniagaan.

Selain itu, peserta turut diberikan panduan asas dalam menghasilkan bahan visual yang lebih menarik dan profesional untuk kegunaan pemasaran digital. Program ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan asas visual komunikasi secara berkesan bagi menyokong perkembangan perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.